"Weih, hati-hati, sekarang ni banyak CCTV"
Lantas, saya dan sahabat-sahabat lihat atas bawah, kiri dan kanan. Kami senyum sama-sama. Senyum kambing.
Bila tiba di bilik, saya teringat peristiwa itu semula; buat saya fikir kembali.
..tentang CCTV
Di kampus ni dah banyak diletakkan alat tersebut. Jadi, semua orang akan berjaga-jaga jika nak buat sesuatu. Rasa tak selamat pula bila bicara, hatta berjalan. Tiada lagi istilah sesuka hati. Jika dirakam, dilihat dan didengar, uppss..bahaya :p
Baguslah, ia boleh menjadi alat untuk mendidik kami agar sentiasa 'well behave'.
"Anda sekarang berada di Taman Ilmu dan Budi. Sukacita juga dimaklumkan bahawa segala tingkahlaku anda sedang diperhatikan. Sila ikut segala peraturan. Jika tidak, anda akan didenda dengan 1000 kali istighfar"
[Alangkah....di manakah dapat dilihat situasi begitu?]
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Saya diam sendiri. Di kepala saya teringat akan fungsi CCTV. Semua tahu, jika ada CCTV, tentulah akan ada rasa berhati-hati dalam perbuatan. Rasa takut nak buat kejahatan, nanti dirakam pula. Jika ada yang salah, nanti boleh jadi bahan bukti.
[Macam kes Dato Syarifah Aini, Nasha Aziz..semuanya ada kaitan dengan CCTV]
Dan bila saya pandang ke langit atas, rasa pula diilhamkan sesuatu. Saya teringat bahawa kita semua dah lama diperhati oleh sebuah CCTV. Mungkin tak sedar. Hari-hari, tiap perbuatan kita telah pun dirakamkan. Dirakam tika berbual, tidur, makan, kerja, bermain...sepanjang kehidupan kita. Cukup lama.
Ya, Tuhan Robbul Jalil, yang sentiasa bersama kita semua. Dia yang lihat kita selalu, sama ada dalam pahala atau dosa.
Namun, nampaknya, kita selalu buat tak tahu saja. Impaknya tak sama dengan CCTV ciptaan manusia. Kita tak takut bila buat jahat, mengumpat, bermaksiat. Makin tak kisah dengan kejahatan.
Kita malu dengan manusia, tapi tak malu dengan Tuhan: rencana manusia yang ghuflah dan nasiyya -_-
Kerna balasan Tuhan tak ternampak serta merta, kita makin tak kisah, makin berdosa, dan makin hanyut menaiki kapal yang bakal karam bila-bila...
5 comments:
UIA MANA ADA CCTV, cuma di bahagian admin, lab2 ekon, di HS tak ada, bajet besar... itu fear appeal jerr, guna teori psikologi... kena trick free2 jer ehehhehe
iya, along mafhum ttg itu :)..
..poster psikologi. Tapi, tmpat laluan kami byk di area cctv :)
Hu..hu...dik,CCTV takde la rakam suara.Setau abg cuma amik gambar je.Tak sangka dah moden UIA.Mmg patut pun...Kan ke selalu berlaku kecurian plus kemaksiatan tersembunyi.Bagus la kalo sumer pun berhati2 bile tgk poster tu.Yg paling penting mcm yg along ckp CCTV Ilahi yg sebenarnye patut kita kisahkan.Biase la, kita nih selalu bila ade org perati br la nak buat bende baik,bertingkah laku baik,ikut peraturan dsbgnye.
Baru tadi saya bersembang maya dengan seorang rakan lama (sudah lebih sepuluh tahun berkawan) tentang psikologi. Sahabatku, Yuzana Yunus berkata Universiti Malaysa kini telah memperkenalkan satu bidang kajian bernama Psikologi Positif. Sebagaimana mana dalam rekod UKM, pemohon-pemohon geran pendidikan universiti ini lebih banyak ingin mempunyai kajian isu-isu negatif dalam bidang psikologi. Nisbahnya kajian sebegini besar iaitu 1:17 di Malaysia.
Buku-buku perhubungan positif, kepimpinan positif dan segala macam urusan manusia yang positif dikategorikan sebagai psikologi positif.
Jika para pengunjung ingin memperbanyakkan artikel-artikel perhubungan, cinta, kepimpinan, pengurusan dan cara hidup yang positif. Laman web rasmi di http://www.motivasiminda.wordpress.com mengalu-alukan saudara-saudari menulis di sana.
Pihak Motivasi Minda merancang mewujudkan segemen untuk penulis bersiri dalam kategori pelbagai ini. Tidak perlu panjang-panjang. Jika penulisan saudara dan saudari panjangnya sekitar satu kerta A4 sekalipun akan diterima jika dihantar secara kerap. Sasaran web ini ialah untuk mengeluarkan SIRI penulisan saudara dan saudari dalam isu tersebut.
Ia semestinya berbentuk tip-tip, penerangan, kes, cerita pendek yang mudah difahami orang awam.
Emailkan ke penulis@malaysia.com hasil penulisan saudara/saudari dan biodata diri.
Mungkin kita boleh menjadi penulis buku “kelompok psikologi positif bersama“
mekasih semua...dan utk kalian yg bersama :)
Post a Comment